Iftar Rejab at Operation Room Club,IIUM
Sempena bulan Rejab agar lebih bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan
Motivational Camp at Lubuk Manggis
Kem motivasi untuk remaja Orang Asli dengan kerjasama Kelab Stuff UIAM
Motivational Camp at Lubuk Manggis
Kem motivasi untuk remaja Orang Asli dengan kerjasama Kelab Stuff UIAM
Health Awareness Campaign at Kg. Batu 12, Gombak
Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 untuk Orang Asli bertemakan "Gigi Sihat Senyuman Memikat"
Health Awareness Campaign at Kg. Batu 12, Gombak
Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 untuk Orang Asli bertemakan "Gigi Sihat Senyuman Memikat"
Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Ulu Tamu, Batang Kali
Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan
Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Ulu Tamu, Batang Kali
Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan
MAFA Mentoring IV and V at SK Gombak Utara
Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam
MAFA Mentoring IV and V at SK Gombak Utara
Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam
Appreciation Night at Experimental Hall,IIUM
Majlis penghargaan untuk semua Program Manager sem 2, 2010/2011 di samping mengumpulkan ahli sebelum cuti selama 5 bulan
Appreciation Night at Experimental Hall,IIUM
Majlis penghargaan untuk semua Program Manager sem 2, 2010/2011 di samping mengumpulkan ahli sebelum cuti selama 5 bulan
Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Gapoi, Bentong
Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan
Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Gapoi, Bentong
Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan
MAFA Mentoring III at SK Gombak Utara
Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam
MAFA Mentoring III at SK Gombak Utara
Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam
Dakwah Skill Course 2011 at LT1 KENMS, IIUM
Meningkatkan ilmu ahli-ahli kelab tentang dunia Orang Asli dan bagaimana cara yang sesuai untuk melakukan dakwah
Dakwah Skill Course 2011 at LT1 KENMS, IIUM
Meningkatkan ilmu ahli-ahli kelab tentang dunia Orang Asli dan bagaimana cara yang sesuai untuk melakukan dakwah
Titian Asli Family Day at Edu Square, IIUM
Mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli dengan pelbagai aktiviti dijalankan dari petang hingga ke malam
Titian Asli Family Day at Edu Square, IIUM
Mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli dengan pelbagai aktiviti dijalankan dari petang hingga ke malam
Monday, June 27, 2011
Iftar Rejab dan Solat Hajat Final Exam
Monday, June 20, 2011
Health Awareness "Kempen Kesedaran Kesihatan 2011"
Pupuk kesedaran gigi sihat, cantik
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
kampus@utusan.com.my
MAHASISWA UIAM dan pegawai kesihatan bergambar bersama kanak-kanak masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Kala Batu 12 Gombak Selangor baru-baru ini.
KESIHATAN mulut atau oral mempunyai kaitan rapat dengan tahap kesedaran masyarakat mengenai penjagaan gigi yang betul. Namun ia sering diabaikan oleh masyarakat yang kebanyakannya hanya berjumpa doktor gigi setelah timbul masalah seperti kaviti dan penyakit gusi. Ia sudah terlambat kerana banyak kerosakan telah terjadi.
Fakta mengenai kesihatan mulut menunjukkan menggosok gigi sahaja tidak cukup untuk menghilangkan plak. Ini kerana gigi memenuhi kira-kira 23 peratus ruang mulut manusia.
Dalam konteks ini menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membersihkan satu perempat bahagian mulut sahaja.
Justeru, kesihatan dan pemeriksaan gigi perlu dimulai di peringkat kanak-kanak untuk memastikan kesihatan mulut termasuk gigi terjaga.
Menyedari hakikat itu, Kelab Titian Asli, Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (Conserve) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 bertema Gigi Sihat Senyuman Memikat bersama kanak-kanak masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Kala Baru 12, Gombak Selangor sempena cuti sekolah baru-baru ini.
Pengarah programnya, Fakhruzi Mohamad berkata, program itu memfokuskan kepada aspek penjagaan awal gigi menerusi pemeriksaan yang dilakukan secara berkala oleh doktor.
"Program seperti ini dapat membantu kanak-kanak Orang Asli menjaga gigi mereka dengan baik sehingga dewasa dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi.
"Dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh pegawai kesihatan kanak-kanak terbabit boleh menerapkan aspek penjagaan gigi yang betul di kalangan anggota keluarga serta rakan sebaya mereka," katanya.
Fakhruzi berkata, ibu bapa juga perlu mematuhi syarat ditetapkan seperti menghadiri aktiviti pendidikan kesihatan gigi dan langkah mengenai jangkitan pada gigi dan cara mencegah jangkitan
Sumber : Utusan Malaysia Online
Tarikh : 20 Jun 2011
Saturday, June 18, 2011
MOTIVATIONAL CAMP WITH ORANG ASLI.
Program "Motivational Camp with Orang Asli " telah diadakan pada 11-12 jun 2011( 2 hari 1 malam) bertempat di Kem Lubuk Manggis.Program ini dianjurkan oleh Kelab Titian Asli dengan kerjasama Kelab STUFF. Untuk makluman semua, Kelab Titian Asli fokus bidang dan mahir dalam berkaitan hal2 Orang Asli, manakala STUFF pula lebih mahir dalam bidang facilitating dan modul2.
Seramai 38 orang insan2 yang terpilih (separuh dari kelab TA dan separuh lagi dari kelab STUFF) telah menyertai program ini. Kem Motivasi ini melibatkan seramai 20 orang Belia Kg.Gapoi,Bentong Pahang .Belia Orang Asli dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dikawal oleh seorang fasilitator .PRS (Pembimbing Rakan Sebaya ) dalam kalangan pelajar UIAM juga dipilih untuk membimbing mereka supaya keluar dari kepompong selesa .
Jadi,setiap kumpulan terdiri daripada 5 belia Orang Asli dan 5 PRS .Seorang fasilitator dipilih untuk mengetuai kumpulan tersebut.Antara aktiviti menarik sepanjang program tersebut ialah modul2 yang menarik,permainan pang ping pong piang,(salah sebut piong pun boleh,tapi kena tepung la..),jungle trekking,mandi sungai,malam kebudayaan dan banyak lagi
Majlis penutup dirasmikan oleh Encik Hamdan Bin Yaacob ,Pegawai JAKOA Daerah Bentong, Encik Khairulzain Abd.Rahman,Penolong Pengarah CENSERVE,Encik Ramli,ToK Batin Kg.Gapoi,Bentong Pahang.
Mengabdikan kenangan di atas sekeping foto sebelum berangkat pulang...peace..
P/S : InsyaALLAH ..Program Motivational Camp ini mendapat respon positif dalam kalangan belia Orang Asli dan kami berharap program ini dapat memberikan kesedaran kepada mereka..Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan program ini ..May ALLAH bless us..
Wednesday, June 15, 2011
SOCIAL ENTREPRENEURSHIP MENTORING CAMP (SEMC)
Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhuwwah satu titian asli
~KALAU SEBELUM INI, SEMC DI KG.GAPOI BENTONG, SIRI KE 2 SEMC di KG.ULU TAMU,BATANG KALI..~
"SEMC" ataupun dalam bahasa melayu dikenali sebagai KEM ASAS KEUSAHAWANAN ialah salah satu program anjuran Kelab Titian Asli.Program ini telah dijalankan pada 28 sehingga 29 mei 2011 (2 hari satu malam) bertempat di Kg.Ulu Tamu,Batang Kali Selangor.Seramai 40 orang insan2 terpilih telah menyertai program ini .
Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang dunia keusahawanan kepada masyarakat Orang Asli.Selain itu,untuk berkongsi maklumat tentang strategi keusahawanan dan cara penghasilan kerepek. Selain itu, untuk memupuk minat Orang Asli tentang kepentingan keusahawanan dan juga terhadap IKS(Industri kecil & Sederhana) .