What date is today?

Tuesday, May 18, 2010

pandangan korang??

PERLUKAH KITA BELAJAR BAHASA ORANG ASLI UNTUK MEMAHAMI MEREKA??

sebelum adanya kini..pastinya ada yang terdahulu..
sebelum sesuatu yg baru pasti ada idea yang asli..
begitu juga dengan kehidupan kita..
sebelum kita..pasti ada sebelum kita....iaitu?????

ORANG ASLI....

penting ke mereka pada kita???
ingat ape yang tertulis diatas...
sebelum sesuatu yang baru pasti ada idea yang asli..
jadi mengapa perlu kita lupakan..asas sesuatu buah fikiran??
mengapa mereka perlu diketepikan sedangkan mereka adalah yang terdahulu sebelum kita...

andai kita diiktiraf sebagai bumiputera..
mereka pula dinobatkan peribumi dunia..

mengingati Orang-orang Asli tidak cukup..
kita perlu memahami mereka..
tapi bagaimana???

sebagai Khalifah yang diberi peluang untuk meneroka ilmu pengetahuan ...anugerah Yang Maha Esa..tidak salah kiranya kita cuba mempelajari bahasa mereka
malu dikatakan mundur..marah bila dikatakan kolot
tetapi secara peribadinya..Orang Asli mampu memahami bahasa melayu..tetapi kita mampu ke fahami bahasa mereka??..sejujurnya saya percaya walaupun kita memahami sedikit sahaja bahasa mereka, tetapi itu sedikit sebanayk dapat membantu dalam proses penyebaran Da'awah. Sebagai contoh,Sebilangan besar Orang Asli yang beragama Islam,tidak mengamalkan prinsip dan pegangan Islam dengan cara yg betul.Untuk menyebarkan da'awah bukan dalam program sahaja tetapi berterusan.Kita tengok Orang Kristian ,mereka berupaya memasuki kampung2 Orang Asli yang terletak di pedalaman bahkan di ceruk2 bukit untuk menkristiankan kaum pribumi ini .Tetapi kita??ataupun kita tidak berkesempatan & berupaya untuk meneroka kampung2 Orang Asli yang terletak jauh di pedalaman??

dengan pemahaman bahasa yang bagus..kita bukan saja dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan di dunia..malah dakwah yang diseru..."amar makruf nahi munkar" dapat kita laksanakan diseluruh pelusuk dunia terutama dikawasan yang agak terpencil dari kemajuan dan pendedahan sepertimana yang kita ada pada masa kini..

tidak dinafikan mereka juga ada pegangan,ada kepercayaan,ada pengetahuan tetapi perlaksanaan mungkin tidak berlaku,tak pernah berlaku dan tak akan berlaku jika mereka dibiarkan begitu saja tanpa bimbingan..

Oleh itu..marilah kita sama-sama bergandingan menyebarkan apa yang ada,menikmati anugerah ilmu pengetahuan yang sama..dengan harapan semoga Allah s.w.t merahmati kita sesama Islam..dan agama kita tak mudah diperlekehkan..Kita buang tangapan ataupn "Streotyping mind" yang kerja berda'awah khususnya untuk golongan2 ustaz,pelajar IRk & BAR,pelajar2 sekolah agama.Tetapi setiap Orang dilahirkan sebagai daie di atas muka bumi ini.Jadi,itu tanggungjawab kita semua sebagai Muslim.

Memahami bahasa Orang Asli sekali lagi bukan semata-mata untuk tujuan pembuktian kekuatan fizikal tetapi juga dari segi rohani dan juga dalaman..kita yang berpeluang tidak seharusnya membiarkan mereka sendiri tanpa menikmati apa yang ada pada masa kini..tidak salah kita cuba memahami dan berkongsi dengan mereka..

blog ini untuk renungan bersama dan kita fikirkan sejenak...
tepuk dada bukan tanya selera, tetapi tnya iman saudara dan saudari.=)
apa yang baik itu datangnya dr ALLAH s.w.t,dan apa yang buruknya itu datangnya dripada kelemahan dri saya sndiri..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More