What date is today?

Solat Hajat at Operation Room Club,IIUM

Sempena menjalani peperiksaan akhir semester III, 2010/2011

Iftar Rejab at Operation Room Club,IIUM

Sempena bulan Rejab agar lebih bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan

Bowling at Ampang SuperBowl Flamingo

Melepaskan tekanan sebentar sambil mengeratkan lagi ukhuwwah

Bowling at Ampang SuperBowl Flamingo

Melepaskan tekanan sebentar sambil mengeratkan lagi ukhuwwah

Motivational Camp at Lubuk Manggis

Kem motivasi untuk remaja Orang Asli dengan kerjasama Kelab Stuff UIAM

Motivational Camp at Lubuk Manggis

Kem motivasi untuk remaja Orang Asli dengan kerjasama Kelab Stuff UIAM

Health Awareness Campaign at Kg. Batu 12, Gombak

Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 untuk Orang Asli bertemakan "Gigi Sihat Senyuman Memikat"

Health Awareness Campaign at Kg. Batu 12, Gombak

Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 untuk Orang Asli bertemakan "Gigi Sihat Senyuman Memikat"

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Ulu Tamu, Batang Kali

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Ulu Tamu, Batang Kali

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

MAFA Mentoring IV and V at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

MAFA Mentoring IV and V at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

Appreciation Night at Experimental Hall,IIUM

Majlis penghargaan untuk semua Program Manager sem 2, 2010/2011 di samping mengumpulkan ahli sebelum cuti selama 5 bulan

Appreciation Night at Experimental Hall,IIUM

Majlis penghargaan untuk semua Program Manager sem 2, 2010/2011 di samping mengumpulkan ahli sebelum cuti selama 5 bulan

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Gapoi, Bentong

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Gapoi, Bentong

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

MAFA Mentoring III at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

MAFA Mentoring III at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

Dakwah Skill Course 2011 at LT1 KENMS, IIUM

Meningkatkan ilmu ahli-ahli kelab tentang dunia Orang Asli dan bagaimana cara yang sesuai untuk melakukan dakwah

Dakwah Skill Course 2011 at LT1 KENMS, IIUM

Meningkatkan ilmu ahli-ahli kelab tentang dunia Orang Asli dan bagaimana cara yang sesuai untuk melakukan dakwah

Titian Asli Family Day at Edu Square, IIUM

Mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli dengan pelbagai aktiviti dijalankan dari petang hingga ke malam

Titian Asli Family Day at Edu Square, IIUM

Mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli dengan pelbagai aktiviti dijalankan dari petang hingga ke malam

Sunday, March 4, 2012

jom singgah ke blog baru kami...!!!

assalamualaikum dan selamat sejahtera 
buat semua pembaca semua...

sukacita di maklum kan bahawa
Titian Asli Club  blog telah pun berpindah ke
ke official blog yang baru...
di sini...


diharap semua dapat meluangkan masa
untuk singgah ke blog kami yang baru ini...
dan setiap update terbaru
mengenai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
yang kami anjurkan,
akan di update di blog baru kami itu...

insyaALLAH lebih banyak perkongsian 
yang akan kami coretkan
di blog kami itu... sekian...
terima kasih..:8)

Friday, February 17, 2012

TITIAN ASLI CLUB... kejayaan kita bersama...

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. buat semua pembaca blog Titian |Asli Club... moga dapat di kongsi bersama wadah jihad kita dalam menyebarkan dakwah di bumi ALLAH yang maha luas ini...
    Setelah lebih 5 tahun penubuhan  kelab Titian asli di UIAM ini, bermacam pahit getir yang telah kami lalui, yang mana mengajar kami untuk menjadi lebih matang dalam perjalanan menuju seruan ALLAH ini...

      Namun, kini segala nya terbalas apabila Titian Asli Club telah mendapat pengikhtirafan yang sangat besar daripada semua... 14 feb 2012 yang lalu, telah berlangsung "Malam Kemanusiaan 2011" bertempat di Auditorium utama UIAM.. pada malam gilang gemilang itu dengan kehadiran tetamu jemputan Timbalan Ketua Setiausaha Negara, Dato` Omar serta Timbalan Rector UIAM... diserikan lagi dengan kehadiran semua wakil kelab-kelab di bawah Censerve... Titian Asli Club telah berjaya merebut 2 daripada 3 anugerah terbesar yang di pertandingkan pada malam itu.. Titian asli Club telah menerima penghargaan "THE BEST PROGRAMME" melalui program Titian Asli Grand Integration Day (TAGID).. Titian Asli juga telah di nobatkan  sebagai "THE BEST CLUB" bagi tahun 2011, yang mana penghargaan ini merupakan penghargaan terbesar buat kami... Untuk katogari "THE BEST PROJECT " telah di berikan kepada SENDI club...


     Sejuta penghargaan kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung sepanjang penubuhan kelab ini... insyaALLAH jasa kalian semua akan sentiasa dikenang dan dijadikan panduan untuk kami lebih maju di masa hadapan...


     Di harap anugerah yg diberikan kepada kami ini akan menjadi pemangkin untuk kami lebih maju di masa hadapan dalam meneruskan usaha dakwah kami terutamanya kepada kumpulan orang asli yang sentiasa memerlukan bimbingan daripada kita semua..


     Di sini kami sertakan photo untuk tontonan semua...



























 pic credit to : mohd hairi











Wednesday, December 21, 2011

First Meeting New Line-up 2011/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat semua terutamanya ahli kelab Titian Asli Censerve Team UIAM. Semoga segala apa yang kita lakukan itu akan dipermudahkan dan sentiasa diberkatiNya, InsyaAllah...

Alhamdulillah, pada 16 Disember 2011 jam 3 petang yang lalu semua pimpinan baru 2011/2012 (telah dikemaskini di ruangan Mgt Board) dapat berkumpul bersama-sama untuk perjumpaan yang pertama. Sebagai permulaan, bacaan al-Fatihah sebagai pembuka majlis dan sedikit tazkirah yang berkaitan antara "Orang yang Tahu dan Orang yang Tidak Tahu" telah disampaikan oleh Bro Hanif.  Tazkirah yang sangat menarik kerana terdapat hadith dan ayat al-Quran yang memantapkan lagi penyampaian tersebut. Seterusnya, Presiden kelab, Bro Hanis turut memberikan sedikit kata-kata aluan untuk perjumpaan pertama ini dan semua pimpinan baru memulakan sesi taaruf.

Agenda yang telah dibincangkan pada hari itu ialah tentang :
1)Tugas dan peranan semua pimpinan baru
2) Mengemaskini semula hala tuju kelab
2) Program-program yang bakal diadakan 

Gambar-gambar perjumpaan pertama pimpinan baru 2011/2012:







 P/S : Alhamdulillah, perjumpaan pertama ini telah berjalan lancar berkat doa dari semua terutamanya senior-senior kelab yang tak putus-putus memberi semangat kepada kami. Tidak dilupakan kepada semuau yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Semoga apa yang kita lakukan ini diberkati Allah selalu. Ikhlaskan diri, tetapkan hati. InsyaAllah...^_^

Tuesday, December 6, 2011

Anual General Meeting Titian Asli Club 2011.

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca terutama dari kalangan keluarga Titian Asli Club dan juga ahli keluarga Censerve yang lain. Lumrah hidup di atas muka bumi ini, Setiap permulaan akan ada penamatnya, setiap perjumpaan akan ada perpisahan. Begitu lah juga bagi Titian Asli Club ini sendiri. Dalam sedar dan tidak sedar, kita telah pun menghampiri penghujung tahun 2011 dan hampir menamatkan sesi semester 1 2011/2012. dan sudah tiba masanya juga bagi Titian Asli Club untuk bertukar tampuk pimpinan kepada generasi baru.

     pada 6 disember yang lepas ( selasa malam rabu), Titian Asli Club telahpun mengadakan Annual General Meeting (AGM) bagi tahun 2011. AGM ini merupakan satu simbolik kepada pembubaran tampuk pimpinan/ tenure 2010/2011 dan perlantikan tampuk pimpinan baru untuk sesi 2011/2012. Majlis tersebut telah pun dijalan kan dengan jayanya terutama dengan kehadiran insan istimewa bagi kami warga censerve, ibu Martinelli sebagai wakil censerve.

     tampuk pimpinan telah pun bertukar tangan, dan yang lama memberi peluang kepada yang baru, diharap barisan tampuk pimpinan lama dapat memberi tunjuk ajar sebanyak mungkin kepada yang baru ,tak lain tak bukan untuk kebaikan Titian Asli Club yang di sayangi. walaupun anda semua bukan lagi tampuk pimpinan tertinggi dalam kelab Titian Asli ni, kalian semua akan tetap berada di hati kami. Sebagai satu keluarga TA D`hearty.

     Di sini di sertakan lakaran kenangan yang amat bermakna buat kami ahli Kelab Titian Asli. Seribu satu makna tersirat di sebalik gambar-gambar ini dan ingin kami kongsikan dengan anda sekalian...






































































P/S:  Alhamdulillah... selesai sudah amanah yang di pertanggungjawabkan kepada saya sebagai admin blog titian asli club ini. di harap admin baru yang telah di lantik akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin, dan akan terus berkongsi setiap informasi dan peristiwa yang belaku di dalam kelab titian asli kepada semua pembaca... moga bertemu lagi di lain waktu... sekian...

Titian Asli Grand Integration Day (TAGID 2011)

        Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bersyukur kita kepada ALLAH kerana dengan limpah kurnia dari NYA, kita masih lagi di beri peluang untuk merasai nikmat hidup, iman dan islam. Baru-baru ini, Titian Asli Club telah pun menganjurkan satu program tahunan yang di jalankan saban bagi tahun ini. Program tersebut adalah program Titian Asli Grand Integration Day (TAGID 2011). 

      Tagid merupakan aktiviti tahunan di mana kami cuba untuk menyatukan ke empat-empat kampung angkat kami iaitu Kampung Sungai Gapoi, Bentung, Pahang, Kampung Ulu Tamu Batang Kali Selangor, Kampung Songkok, Batang Kali Selangor, dan Kampung Bukit Kala, Batu 12, Gombak. Objektif utama program ini di jalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keempat-empat kampung dan juga untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara pelajar-pelajar UIA dengan abang angkat, kakak angkat , adik angkat, dan juga ibu bapa angkat masing-masing yang terdiri dari keempat-empat kampung tersebut.

      Program Tagid kali ini telah di jalankan pada 3 dan 4 disember 2011 di Bagan Lalang Beach Resort, Sepang. Lokasi tersebut terletak betul-betul bersebelahan dengan pantai, dan oleh sebab itu, penduduk kampung dapat merasai suasana baru berprogram bersama pelajar-pelajar UIA di tepi pantai.Antara aktiviti-aktiviti yang telahpun di jalan kan adalah riadah keluarga di tepi pantai (mandi laut), perlawanan sukan antara kampung, slot kreatif dan innovatif,  malam kebudayaan,persembahan dari kampung dan persembahan dikir barat dari UIA, makan malam bersama orang kampung ( makan sate), slot khas ceramah disampaikan oleh wakil dari JAKIM, dan banyak lagi.


     Dikesempatan ini saya sebagai wakil Titian Asli Club ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa yang terlibat dalam menjayakan program tahunan ini, tidak kiralah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, usaha anda semua akan kami hargai dan hanya ALLAH sahaja mampu membalasnya. Diharap usaha dakwah yang kita jalankan selama ini akan membuahkan hasil dan memberi sinar baru kepada manusia terutamanya masyarakat orang asli dan maslahah umat sejagat.

di sini di sertakan lakaran memori atau gambar-gambar di sepanjang program kami berjalan.





















































































SEKIAN......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More