What date is today?

Solat Hajat at Operation Room Club,IIUM

Sempena menjalani peperiksaan akhir semester III, 2010/2011

Iftar Rejab at Operation Room Club,IIUM

Sempena bulan Rejab agar lebih bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan

Bowling at Ampang SuperBowl Flamingo

Melepaskan tekanan sebentar sambil mengeratkan lagi ukhuwwah

Bowling at Ampang SuperBowl Flamingo

Melepaskan tekanan sebentar sambil mengeratkan lagi ukhuwwah

Motivational Camp at Lubuk Manggis

Kem motivasi untuk remaja Orang Asli dengan kerjasama Kelab Stuff UIAM

Motivational Camp at Lubuk Manggis

Kem motivasi untuk remaja Orang Asli dengan kerjasama Kelab Stuff UIAM

Health Awareness Campaign at Kg. Batu 12, Gombak

Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 untuk Orang Asli bertemakan "Gigi Sihat Senyuman Memikat"

Health Awareness Campaign at Kg. Batu 12, Gombak

Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 untuk Orang Asli bertemakan "Gigi Sihat Senyuman Memikat"

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Ulu Tamu, Batang Kali

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Ulu Tamu, Batang Kali

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

MAFA Mentoring IV and V at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

MAFA Mentoring IV and V at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

Appreciation Night at Experimental Hall,IIUM

Majlis penghargaan untuk semua Program Manager sem 2, 2010/2011 di samping mengumpulkan ahli sebelum cuti selama 5 bulan

Appreciation Night at Experimental Hall,IIUM

Majlis penghargaan untuk semua Program Manager sem 2, 2010/2011 di samping mengumpulkan ahli sebelum cuti selama 5 bulan

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Gapoi, Bentong

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Gapoi, Bentong

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

MAFA Mentoring III at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

MAFA Mentoring III at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

Dakwah Skill Course 2011 at LT1 KENMS, IIUM

Meningkatkan ilmu ahli-ahli kelab tentang dunia Orang Asli dan bagaimana cara yang sesuai untuk melakukan dakwah

Dakwah Skill Course 2011 at LT1 KENMS, IIUM

Meningkatkan ilmu ahli-ahli kelab tentang dunia Orang Asli dan bagaimana cara yang sesuai untuk melakukan dakwah

Titian Asli Family Day at Edu Square, IIUM

Mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli dengan pelbagai aktiviti dijalankan dari petang hingga ke malam

Titian Asli Family Day at Edu Square, IIUM

Mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli dengan pelbagai aktiviti dijalankan dari petang hingga ke malam

Friday, December 24, 2010

teguran dan nasihat??

Assalamualaikum sahabat2 TA..ari tu ada terbaca 1 artikel kat I luv Islam dan tertarik dengan ayat2 di sebalik arikel tersebut ..Jadi,saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang artikel yg berjaya mnarik minat ini..hehe

Hari-hari yang kita lalui seakan kosong dan tidak bermakna sekiranya kita hidup tanpa teguran daripada para sahabat, keluarga, guru-guru dan sesiapa sahaja.

Tahukah anda, apabila kita menegur seseorang terdapat satu aura yang kuat untuk membolehkan seseorang itu berfikir kembali tentang kesalahan yang telah mereka lakukan?

Sekiranya anda tidak percaya, cuba anda berikan teguran kepada rakan anda sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sudah tentu setiap nasihat dan teguran itu akan membuatkan mereka berfikir kembali tentang kesalahan yang telah dilakukan.

Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza. Ada yang menggunakan cara lemah lembut untuk menegur seeorang, ada yang menggunakan cara yang keras dan ada juga yang menggunakan cara yang berhikmah untuk menegur.

Kesemua ini ialah teknik dan cara menegur mengikut tahap ilmu yang telah dimiliki. Teguran dan nasihat amat diperlukan bagi setiap manusia. Kita amat memerlukan teguran dan nasihat daripada insan di sekeliling kita. Kita memerlukan mereka untuk meruntuhkan kubu ego yang kita miliki.

Terdapat manusia yang sudah terlalu tinggi ilmunya dan pantang sahaja ditegur lalu mereka akan melenting sekiranya ada insan lain yang kurang berilmu menegur mereka. Hari ini jika dilihat suasana di sekeliling, terlalu ramai manusia yang memerlukan nasihat, teguran dan bimbingan daripada orang di sekeliling mereka.

Jika diteliti, nasihat dan teguran ini amat diperlukan oleh mereka yang ingin berubah. Ramai yang cuba berubah tetapi mereka tidak mendapat bimbingan daripada orang di sekeliling. Saya juga turut merasakan aura tersebut kerana setiap teguran dan nasihat itu ikhlas daripada hati mereka yang menegur saya. Mereka tidak mahu saya hanyut dalam buaian dunia sendiri.

Setiap teguran memerlukan masa untuk kita merenung kembali kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya kita akan cuba sedaya upaya mengubah sedikit demi sedikit setiap kesalahan yang telah dilakukan. Hal ini amat berbeza kepada mereka yang tidak mendapat teguran dan nasihat daripada orang di sekeliling.

Cubalah melihat mereka yang tidak ditegur. Adakah mereka akan berubah? Tanya pada diri anda?

Manusia amat sukar mengenali kesalahan diri sendiri tetapi orang di sekeliling mereka boleh mengenalinya.

Jika tiada teguran daripada orang di sekeliling, kita berkemungkinan merasakan diri kita sudah cukup hebat. Setiap teguran daripada orang di sekeliling akan sukar untuk diterima. Ilmu yang diperolehi menyebabkan kita ego dan sukar menerima kenyataan.

Tetapi, apabila ditegur kita secara spontan akan memikirkan kembali kesalahan diri dan hal ini disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati seseorang itu untuk menjadi manusia yang terbaik. Bermula daripada teguran itu, ego mungkin akan runtuh jua satu hari nanti. Setiap teguran dan nasihat juga sebenarnya menyebabkan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Manusia saling memerlukan. Mereka memerlukan bimbingan, teguran dan nasihat. Tanpanya mereka akan hanyut dalam dunia sendiri. Walaupun mungkin saling membenci akibat satu teguran tetapi percayalah teguran itu akan sentiasa diingati kerana tingginya nilai aura nasihat dan teguran itu.

Pepatah Arab ada mengatakan ;

" Katakanlah yang benar walaupun pahit. "

Demi rakan tercinta, tegurlah mereka walupun ianya pahit. Walaupun ianya boleh membuatkan hubungan anda retak tetapi itulah perkara terbaik yang sudah anda lakukan untuk membuktikan kasih sayang anda kepada sahabat anda itu.

- Artikel iluvislam.com

P/S : "Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya"

UPCOMING EVENTS


Assalamaualaikum sahabat2 TA..kaifa halukum?? check it out our new programs..


Upcoming Events

Educational Visit to Islamic Art Museum
Date: 25 Dec 2010
Day : Saturday
Time: 8.30 am until 2pm

Annual General Meeting TA (AGM)
Date:28 Dec 2010
Day:Tuesday
Time:8pm until 11 pm
Venue: KAED LT 2

Saturday, October 30, 2010

GOOD LUCK IN UR FINAL EXAM !!

~Bismillahirahmanirahim~

Assalamualaikum w.b.t semua..apa khabar semua?? lame rasenya org dsebalik blog ni tdak update blog kn?? bukan malas tapi untuk mendapat ilham dan terbuka hati agak susah sedikit la..hehe Alhamdulillah, hari ini diizinkan oleh ALLAH dan terbuka hati untk berkongsi dengan sahabat2 TA semua,di sini,sy ingin mengucapkan Selamat berjuang untuk mnghadapi Final exam..good luck..b taufiq wannajah..never give up!!

DOA+USAHA=TAWAKAL..insyaALLAH =) ~.

Apabila bermula semester baru

selepas seminggu
masuk minggu yg kedua
sebelum pekse pertengahan semester


semasa pekse pertengahan semester


selepas pekse pertengahan semester
sebelum pekse ujung semester
Apabila jadual peperiksaan di edarkan
seminggu sebelum pekse ujung semester

6 hari sebelum pekse ujung semester

5 hari sebelum pekse ujung semester

4 hari sebelum pekse ujung semester

3 hari sebelum pekse ujung semester

2 hari sebelum pekse ujung semester

1 hari sebelum pekse ujung semester
malam sebelum pekse ujung semester
1 jam sebelum pekse ujung semester
waktu semasa menjawab soalan
sewaktu keluar dr dewan peperiksaan
selepas tamat peperiksaan dan tibanya cuti semester

all the best!

~release tension sikit~hehe

dipetik drpd sumber: Halaqah.net

Tuesday, June 1, 2010

TITIAN ASLI INTEGRATION DAY 2010


Assalamualaikum w.b.t wa kaifa halukum??

Salam satu titian asli smua..ni nk cter ckt ni..pada 29 n 30 hb may baru2 ni..ala baru jee lpas..hihi TA ad menganjurkan satu program yang sangat menarik iaitu dalam Bahasa Melayu kta pngil Hari Integrasi Titian Asli 2010, but in english we called it TA Integration Day 2010..bahasa arab??ana tk abs blajar lagi.hihi

Program TAGID ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah di antara Orang-orang Asli dari 3 buah kampung.Selain itu,untuk memberi pendedahan tentang campus life di uiam.Program ini sedikit sebanyak dapat memberikan perangsang kepada Anak-anak Orang Asli tentang kepentingan pendidikan.

ini lah banner TA INTEG??beautiful rite??ajmal?? special tq 2 pub n pro..nice

Kelab Titian Asli UIAM buat kali pertamanya membawa Orang-orang Asli yang terdiri dari 3 buah kampung ke Uiam.3 buah kampung yang terlibat ialah :

1.Kg.Bukit Kala,Gombak
2.Kg.Songkok,Selangor
3.Kg.Gapoi,Pahang

Pebagai aktiviti2 yang menarik sepanjang program ni berlangsung..antaranya ialah permainan,sukaneka,module,ceramah dan banyak agi..x caye??meh tgk gambar2 ni..hihi

alololo comelnyee snyuman..dapat make up tepung pun, senyum jugak yee.?senyuman i2 kn sedekah..betul x adk2??hihi


ha..jgn bagi lebih kaki taw..pkr strategi leklok..haha macam mana 1 surat khabar leh tampung smua ni??hihi sorry den x dapt nk nolong..haha


tiup dik,jangan tak tiup..cepat..ikat kat kaki 2..hihi

ini lah PM program INTEG ..name dia Mohd fakrie Syazwan Abdul Hamid..ala pangil fakri pun ok gak..haha dia ni agak penyayang la jgk kot..tgk la gmbar ni, nmpak x dia pnye kash syang 2???haha


Syukran,tq,terima kasih,arigato untuk semua commitees yang terlibat dalam program INTEG ni..walaupun pelbagai halangan dan dugaan,walaupun panas terik dan hujan yang lebat,,Kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukannya.Tapi kamu semua tetap komited dengan kerja masing2, ini adalah kerjasama bersama2 .Hanya ALLAH s.w.t yang dapat membalas jasa kamu semua.amin dan InsyaALLAH next program jgn lupa join.=)

~we belongs together~

Tuesday, May 18, 2010

pandangan korang??

PERLUKAH KITA BELAJAR BAHASA ORANG ASLI UNTUK MEMAHAMI MEREKA??

sebelum adanya kini..pastinya ada yang terdahulu..
sebelum sesuatu yg baru pasti ada idea yang asli..
begitu juga dengan kehidupan kita..
sebelum kita..pasti ada sebelum kita....iaitu?????

ORANG ASLI....

penting ke mereka pada kita???
ingat ape yang tertulis diatas...
sebelum sesuatu yang baru pasti ada idea yang asli..
jadi mengapa perlu kita lupakan..asas sesuatu buah fikiran??
mengapa mereka perlu diketepikan sedangkan mereka adalah yang terdahulu sebelum kita...

andai kita diiktiraf sebagai bumiputera..
mereka pula dinobatkan peribumi dunia..

mengingati Orang-orang Asli tidak cukup..
kita perlu memahami mereka..
tapi bagaimana???

sebagai Khalifah yang diberi peluang untuk meneroka ilmu pengetahuan ...anugerah Yang Maha Esa..tidak salah kiranya kita cuba mempelajari bahasa mereka
malu dikatakan mundur..marah bila dikatakan kolot
tetapi secara peribadinya..Orang Asli mampu memahami bahasa melayu..tetapi kita mampu ke fahami bahasa mereka??..sejujurnya saya percaya walaupun kita memahami sedikit sahaja bahasa mereka, tetapi itu sedikit sebanayk dapat membantu dalam proses penyebaran Da'awah. Sebagai contoh,Sebilangan besar Orang Asli yang beragama Islam,tidak mengamalkan prinsip dan pegangan Islam dengan cara yg betul.Untuk menyebarkan da'awah bukan dalam program sahaja tetapi berterusan.Kita tengok Orang Kristian ,mereka berupaya memasuki kampung2 Orang Asli yang terletak di pedalaman bahkan di ceruk2 bukit untuk menkristiankan kaum pribumi ini .Tetapi kita??ataupun kita tidak berkesempatan & berupaya untuk meneroka kampung2 Orang Asli yang terletak jauh di pedalaman??

dengan pemahaman bahasa yang bagus..kita bukan saja dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan di dunia..malah dakwah yang diseru..."amar makruf nahi munkar" dapat kita laksanakan diseluruh pelusuk dunia terutama dikawasan yang agak terpencil dari kemajuan dan pendedahan sepertimana yang kita ada pada masa kini..

tidak dinafikan mereka juga ada pegangan,ada kepercayaan,ada pengetahuan tetapi perlaksanaan mungkin tidak berlaku,tak pernah berlaku dan tak akan berlaku jika mereka dibiarkan begitu saja tanpa bimbingan..

Oleh itu..marilah kita sama-sama bergandingan menyebarkan apa yang ada,menikmati anugerah ilmu pengetahuan yang sama..dengan harapan semoga Allah s.w.t merahmati kita sesama Islam..dan agama kita tak mudah diperlekehkan..Kita buang tangapan ataupn "Streotyping mind" yang kerja berda'awah khususnya untuk golongan2 ustaz,pelajar IRk & BAR,pelajar2 sekolah agama.Tetapi setiap Orang dilahirkan sebagai daie di atas muka bumi ini.Jadi,itu tanggungjawab kita semua sebagai Muslim.

Memahami bahasa Orang Asli sekali lagi bukan semata-mata untuk tujuan pembuktian kekuatan fizikal tetapi juga dari segi rohani dan juga dalaman..kita yang berpeluang tidak seharusnya membiarkan mereka sendiri tanpa menikmati apa yang ada pada masa kini..tidak salah kita cuba memahami dan berkongsi dengan mereka..

blog ini untuk renungan bersama dan kita fikirkan sejenak...
tepuk dada bukan tanya selera, tetapi tnya iman saudara dan saudari.=)
apa yang baik itu datangnya dr ALLAH s.w.t,dan apa yang buruknya itu datangnya dripada kelemahan dri saya sndiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More