What date is today?

Monday, June 20, 2011

Health Awareness "Kempen Kesedaran Kesihatan 2011"

Pupuk kesedaran gigi sihat, cantik

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
kampus@utusan.com.my


pupuk kesedaran gigi sihat, cantik
MAHASISWA UIAM dan pegawai kesihatan bergambar bersama kanak-kanak masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Kala Batu 12 Gombak Selangor baru-baru ini.



KESIHATAN mulut atau oral mempunyai kaitan rapat dengan tahap kesedaran masyarakat mengenai penjagaan gigi yang betul. Namun ia sering diabaikan oleh masyarakat yang kebanyakannya hanya berjumpa doktor gigi setelah timbul masalah seperti kaviti dan penyakit gusi. Ia sudah terlambat kerana banyak kerosakan telah terjadi.

Fakta mengenai kesihatan mulut menunjukkan menggosok gigi sahaja tidak cukup untuk menghilangkan plak. Ini kerana gigi memenuhi kira-kira 23 peratus ruang mulut manusia.
Dalam konteks ini menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membersihkan satu perempat bahagian mulut sahaja.

Justeru, kesihatan dan pemeriksaan gigi perlu dimulai di peringkat kanak-kanak untuk memastikan kesihatan mulut termasuk gigi terjaga.

Menyedari hakikat itu, Kelab Titian Asli, Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (Conserve) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 bertema Gigi Sihat Senyuman Memikat bersama kanak-kanak masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Kala Baru 12, Gombak Selangor sempena cuti sekolah baru-baru ini.

Pengarah programnya, Fakhruzi Mohamad berkata, program itu memfokuskan kepada aspek penjagaan awal gigi menerusi pemeriksaan yang dilakukan secara berkala oleh doktor.

"Program seperti ini dapat membantu kanak-kanak Orang Asli menjaga gigi mereka dengan baik sehingga dewasa dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi.

"Dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh pegawai kesihatan kanak-kanak terbabit boleh menerapkan aspek penjagaan gigi yang betul di kalangan anggota keluarga serta rakan sebaya mereka," katanya.

Fakhruzi berkata, ibu bapa juga perlu mematuhi syarat ditetapkan seperti menghadiri aktiviti pendidikan kesihatan gigi dan langkah mengenai jangkitan pada gigi dan cara mencegah jangkitan

Sumber : Utusan Malaysia Online
Tarikh : 20 Jun 2011

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More