What date is today?

Saturday, June 18, 2011

MOTIVATIONAL CAMP WITH ORANG ASLI.


Welcome to LuBuk Manggis or Mangosteen Gulf

Assalamualaikum dan salam satu titian asli

Program "Motivational Camp with Orang Asli " telah diadakan pada 11-12 jun 2011( 2 hari 1 malam) bertempat di Kem Lubuk Manggis.Program ini dianjurkan oleh Kelab Titian Asli dengan kerjasama Kelab STUFF. Untuk makluman semua, Kelab Titian Asli fokus bidang dan mahir dalam berkaitan hal2 Orang Asli, manakala STUFF pula lebih mahir dalam bidang facilitating dan modul2.

Seramai 38 orang insan2 yang terpilih (separuh dari kelab TA dan separuh lagi dari kelab STUFF) telah menyertai program ini. Kem Motivasi ini melibatkan seramai 20 orang Belia Kg.Gapoi,Bentong Pahang .Belia Orang Asli dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dikawal oleh seorang fasilitator .PRS (Pembimbing Rakan Sebaya ) dalam kalangan pelajar UIAM juga dipilih untuk membimbing mereka supaya keluar dari kepompong selesa .

Jadi,setiap kumpulan terdiri daripada 5 belia Orang Asli dan 5 PRS .Seorang fasilitator dipilih untuk mengetuai kumpulan tersebut.Antara aktiviti menarik sepanjang program tersebut ialah modul2 yang menarik,permainan pang ping pong piang,(salah sebut piong pun boleh,tapi kena tepung la..),jungle trekking,mandi sungai,malam kebudayaan dan banyak lagi

Majlis penutup dirasmikan oleh Encik Hamdan Bin Yaacob ,Pegawai JAKOA Daerah Bentong, Encik Khairulzain Abd.Rahman,Penolong Pengarah CENSERVE,Encik Ramli,ToK Batin Kg.Gapoi,Bentong Pahang.


Fasilitator sedang berbincang dengan pihak committees.

Belia sedang mendengar Taklimat yang diberi..








sape salah sebut perakataan,kena lah tepung yea..
Bangunan Straw..yang kukuh dan cantik..
Mumia President Stuff
Mumia president TA.

Memori di Lubuk Manggis

Mengabdikan kenangan di atas sekeping foto sebelum berangkat pulang...peace..

P/S : InsyaALLAH ..Program Motivational Camp ini mendapat respon positif dalam kalangan belia Orang Asli dan kami berharap program ini dapat memberikan kesedaran kepada mereka..Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan program ini ..May ALLAH bless us..

~~wasalam wa maa salamah wa ilal liqa'~~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More