What date is today?

Tuesday, October 18, 2011

khatimah camp, MAFA Mentoring kembali lagi!

Assalammualaikum w.b.t.
MAFA Mentoring kembali lagi!

    MAFA mentoring di teruskan lagi bagi semester ini, tetapi terdapat sedikit perbezaan bagi MAFA kali ini kerana ianya dijalankan dalam bentuk kem yang bertemakan Khatimah Camp-"Learning Is Fun, Searching For Al-Falah". Program yang berlangsung selama dua hari pada 15 dan 16 Oktober yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada adik-adik Sekolah Kebangsaan Gombak Setia.

Seramai 46 peserta dari darjah 4,5 dan 6 bersama-sama 30 orang fasi menyertai MAFA pada kali ini. Dengan bawa misi atau objektif untuk menarik minat anak-anak masyarakat asli untuk belajar serta memberi motivasi kepada adik-adik untuk lebih memahami matematik dan fardhu ain, usaha kami tenyata menampakkan hasilnya.

Sepanjang 2 hari berada di sekolah, hubungan kami dan adik-adik bertambah mesra dan rapat. Selain daripada mentoring yang selalu dijalankan, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya ialah explorace, Rapunzel Tower, streching body relaxing mind, SKGU ceria dan pelbagai lagi. Tujuan aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan adalah untuk memupuk sifat kepimpinan dan menguji tahap kreativiti mereka.

Diharapkan agar program berbentuk ilmiah ini dapat diteruskan lagi, semoga segala usaha kita semua diberkati Allah dan membuahkan hasil yang sepatutnya..
Sehingga bertemu lagi di program yang akan datang! =)





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More