What date is today?

Friday, October 7, 2011

TACT advance training, smart da`ie..

    Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam ukhwah buat semua pembaca terutamanya ahli kelab titian asli , UIAM, setelah hampir 2 bulan kita semua bercuti, tanpa ada sebarang berita dan aktiviti yang dianjurkan oleh kelab titian asli. Sebagai pembukaan bagi aktiviti sem 1 2011/2012, titian asli kelab telah pun mengadakan "TACT advance training, smart da`ie" pada 23-25 september yang lalu.

    Aktiviti itu telah di jalankan di kampung orang asli Ulu Tamu, Batang Kali , Selangor selama 3 hari 2 malam.  Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk melatih ahli kelab titian asli yang dikenalpasti  berkebolehan untuk menerajui pimpinan kelab titian asli pada masa hadapan. Seramai 24 orang calon(peserta) telah terpilih dengan diiringi 16 orang ahli jawatan kuasa kelab ke kampung tersebut. Tujuan utama training ini diadakan di kampung orang asli Ulu tamu, adalah untuk memberi peluang kepada para peserta untuk mendekati orang asli secara dekat.

    Sepanjang 3 hari 2 malam program itu berjalan. Pelbagai jenis aktiviti telah pun di jalankan. Antara nya ceramah kepada para peserta, latihan teori dan praktikal, melawat rumah-rumah orang asli@keluarga angkat, gotong-royong, dan juga makan bersama orang kampung. Kami juga berkesempatan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan keluarga islam yang mana secara kebetulan berlangsung pada hari yang sama dengan program tersebut di jalan kan. Oleh sebab itu, kami berpeluang untuk mengenali tradisi perkahwinan orang asli secara lebih dekat.

   Dengan ini di sertakan photo-photo sepanjang program tersebut berjalan. Akhir kata, kerjasama yang di berikan oleh semua yang terlibat amatlah kami hargai. sekian....

   


3 comments:

program 3 hari 2 malam ler... mcm mn blh stay 2 hari 3 malam??

tahniah korang.. sume berjalan ngn lancar. usaha korang Allah shj y dpt bls. TA sentiasa di hati :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More