What date is today?

Solat Hajat at Operation Room Club,IIUM

Sempena menjalani peperiksaan akhir semester III, 2010/2011

Iftar Rejab at Operation Room Club,IIUM

Sempena bulan Rejab agar lebih bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan

Bowling at Ampang SuperBowl Flamingo

Melepaskan tekanan sebentar sambil mengeratkan lagi ukhuwwah

Bowling at Ampang SuperBowl Flamingo

Melepaskan tekanan sebentar sambil mengeratkan lagi ukhuwwah

Motivational Camp at Lubuk Manggis

Kem motivasi untuk remaja Orang Asli dengan kerjasama Kelab Stuff UIAM

Motivational Camp at Lubuk Manggis

Kem motivasi untuk remaja Orang Asli dengan kerjasama Kelab Stuff UIAM

Health Awareness Campaign at Kg. Batu 12, Gombak

Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 untuk Orang Asli bertemakan "Gigi Sihat Senyuman Memikat"

Health Awareness Campaign at Kg. Batu 12, Gombak

Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 untuk Orang Asli bertemakan "Gigi Sihat Senyuman Memikat"

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Ulu Tamu, Batang Kali

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Ulu Tamu, Batang Kali

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

MAFA Mentoring IV and V at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

MAFA Mentoring IV and V at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

Appreciation Night at Experimental Hall,IIUM

Majlis penghargaan untuk semua Program Manager sem 2, 2010/2011 di samping mengumpulkan ahli sebelum cuti selama 5 bulan

Appreciation Night at Experimental Hall,IIUM

Majlis penghargaan untuk semua Program Manager sem 2, 2010/2011 di samping mengumpulkan ahli sebelum cuti selama 5 bulan

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Gapoi, Bentong

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Gapoi, Bentong

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

MAFA Mentoring III at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

MAFA Mentoring III at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

Dakwah Skill Course 2011 at LT1 KENMS, IIUM

Meningkatkan ilmu ahli-ahli kelab tentang dunia Orang Asli dan bagaimana cara yang sesuai untuk melakukan dakwah

Dakwah Skill Course 2011 at LT1 KENMS, IIUM

Meningkatkan ilmu ahli-ahli kelab tentang dunia Orang Asli dan bagaimana cara yang sesuai untuk melakukan dakwah

Titian Asli Family Day at Edu Square, IIUM

Mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli dengan pelbagai aktiviti dijalankan dari petang hingga ke malam

Titian Asli Family Day at Edu Square, IIUM

Mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli dengan pelbagai aktiviti dijalankan dari petang hingga ke malam

Tuesday, October 18, 2011

khatimah camp, MAFA Mentoring kembali lagi!

Assalammualaikum w.b.t.
MAFA Mentoring kembali lagi!

    MAFA mentoring di teruskan lagi bagi semester ini, tetapi terdapat sedikit perbezaan bagi MAFA kali ini kerana ianya dijalankan dalam bentuk kem yang bertemakan Khatimah Camp-"Learning Is Fun, Searching For Al-Falah". Program yang berlangsung selama dua hari pada 15 dan 16 Oktober yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada adik-adik Sekolah Kebangsaan Gombak Setia.

Seramai 46 peserta dari darjah 4,5 dan 6 bersama-sama 30 orang fasi menyertai MAFA pada kali ini. Dengan bawa misi atau objektif untuk menarik minat anak-anak masyarakat asli untuk belajar serta memberi motivasi kepada adik-adik untuk lebih memahami matematik dan fardhu ain, usaha kami tenyata menampakkan hasilnya.

Sepanjang 2 hari berada di sekolah, hubungan kami dan adik-adik bertambah mesra dan rapat. Selain daripada mentoring yang selalu dijalankan, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya ialah explorace, Rapunzel Tower, streching body relaxing mind, SKGU ceria dan pelbagai lagi. Tujuan aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan adalah untuk memupuk sifat kepimpinan dan menguji tahap kreativiti mereka.

Diharapkan agar program berbentuk ilmiah ini dapat diteruskan lagi, semoga segala usaha kita semua diberkati Allah dan membuahkan hasil yang sepatutnya..
Sehingga bertemu lagi di program yang akan datang! =)





Friday, October 7, 2011

TACT advance training, smart da`ie..

    Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam ukhwah buat semua pembaca terutamanya ahli kelab titian asli , UIAM, setelah hampir 2 bulan kita semua bercuti, tanpa ada sebarang berita dan aktiviti yang dianjurkan oleh kelab titian asli. Sebagai pembukaan bagi aktiviti sem 1 2011/2012, titian asli kelab telah pun mengadakan "TACT advance training, smart da`ie" pada 23-25 september yang lalu.

    Aktiviti itu telah di jalankan di kampung orang asli Ulu Tamu, Batang Kali , Selangor selama 3 hari 2 malam.  Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk melatih ahli kelab titian asli yang dikenalpasti  berkebolehan untuk menerajui pimpinan kelab titian asli pada masa hadapan. Seramai 24 orang calon(peserta) telah terpilih dengan diiringi 16 orang ahli jawatan kuasa kelab ke kampung tersebut. Tujuan utama training ini diadakan di kampung orang asli Ulu tamu, adalah untuk memberi peluang kepada para peserta untuk mendekati orang asli secara dekat.

    Sepanjang 3 hari 2 malam program itu berjalan. Pelbagai jenis aktiviti telah pun di jalankan. Antara nya ceramah kepada para peserta, latihan teori dan praktikal, melawat rumah-rumah orang asli@keluarga angkat, gotong-royong, dan juga makan bersama orang kampung. Kami juga berkesempatan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan keluarga islam yang mana secara kebetulan berlangsung pada hari yang sama dengan program tersebut di jalan kan. Oleh sebab itu, kami berpeluang untuk mengenali tradisi perkahwinan orang asli secara lebih dekat.

   Dengan ini di sertakan photo-photo sepanjang program tersebut berjalan. Akhir kata, kerjasama yang di berikan oleh semua yang terlibat amatlah kami hargai. sekian....

   


Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Assalamualaikum dan salam ukhuwah satu titian asli..

Selamat Hari Raya..maaf zahir batin warga TA
Ramadhan bakal meninggalkan kita kerana hari ini hari ke 29 , umat islam di seluruh dunia berpuasa.Ramadhan bakal ditangisi dan dirasai pemergiannya ,syawal bakal tiba dan dinantikan oleh seluruh umat Islam.insyaALLAH semoga kita semua berkesempatan dan diberi peluang oleh ALLAH untuk bertemu lagi pada bulan Ramadhan yang akan datang.Semoga kita dapat membaiki diri ke arah yang lebih baik.amin amin amin.

ok la warga Titian Asli,bersediakah anda untuk menyambut bulan syawal setelah pemergian bulan Ramadhan??Persiapan menyambut lebaran dah settle ke??Kemas Rumah dah??Biskut Raya dah siap ke??Beraya di mana?? Kepada warga Titian Asli yang balik ke kampung halaman masing-masing..drive carefully k..Ingatlah orang tersayang,berhati-hati di jalan Raya dan rehat dengan secukupnya sebelum drive k.Pesanan ikhlas untuk semua..

Di sini ingin mengambil kesempatan di blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin..0-0 k..jangan ada negative and positive pulak yea..Maaf wa asif di atas segala-galanya ye kawan-kawan semua..Semoga Syawal ini lebih bermakna untuk anda semua bersama keluarga tercinta..kalau ada lebihan kuih raya tu jangan lupa untu dikongsi bersama yea warga Titian Asli semua..hehe 

~wasalam wa maa salamah wa ilal liqa~ 


Tuesday, August 9, 2011

TITIAN ASLI UPCOMING EVENTS

Assalamualaikum dan salam satu titian asli.
Menarik tak??Best tak??jom la bagi details anda cepat.hehe
Titian Asli is back!!! kembali dengan menawarkan pelbagai program menarik untuk anda semua..New semestar with new events dan Semangat baru di semestar yang baru. Oh yea , Saya ingin berkongsi tentang Upcoming Events for Semester 1 2011/2012...Sila lihat poster di atas ni ..Jika berminat untuk menyertai , cepat-cepat hantar details kat number TA yea..013-2927949..bagi nama penuh,matric no dan program yang ingin disertai..cepat!!peluang masih terbuka!!




~wasalam wa maa salamah wa ilal liqa'~

Thursday, July 28, 2011

RAMADHAN MENJELMA

Assalamualaikum w.b.t sahabat Titian Asli yang disayangi

O ye who believe..!Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you ,that may learn self restraint. (Al Baqarah: 183) 

 


Diharap sahabat-sahabat semua dalam keadaan sihat dan diberkati oleh ALLAH S.W.T. Alhamdulillah, we had been given chance to meet Ramadhan once again this year. Sejujurnya ,saya harap  sahabat-sahabat sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyambut kedatangan Ramadhan yang cukup dinantikan sebagai bulan penyucian jiwa.

Sebelum itu,saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang definisi Puasa or known  as Fasting ini. Puasa bermaksud Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.Rukun puasa juga terdiri dengan niat puasa 

Niat puasa: 
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Saya juga ingin berkongsi satu hadith mengenai puasa :

Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)

Jadi ingin jelaskan di sini,puasa bukan sahaja menahan dari lapar dan dahaga tetapi menahan diri daripada melakukan perbuatan yang sia-sia dan maksiat.Marilah kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik dan banyak melakukan sifat-sifat mahmudah dan mengelakkan sifat  mazmumah.Semoga apa yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya .InsyaALLAH..Selamat Berpuasa Warga Titian Asli.

May Allah bless us and Happy Ramadhan al-Mubarak 1432H to all of you!

~waalaikumusalam wa maa salamah wa ilal liqa'~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More