What date is today?

Tuesday, December 6, 2011

Anual General Meeting Titian Asli Club 2011.

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca terutama dari kalangan keluarga Titian Asli Club dan juga ahli keluarga Censerve yang lain. Lumrah hidup di atas muka bumi ini, Setiap permulaan akan ada penamatnya, setiap perjumpaan akan ada perpisahan. Begitu lah juga bagi Titian Asli Club ini sendiri. Dalam sedar dan tidak sedar, kita telah pun menghampiri penghujung tahun 2011 dan hampir menamatkan sesi semester 1 2011/2012. dan sudah tiba masanya juga bagi Titian Asli Club untuk bertukar tampuk pimpinan kepada generasi baru.

     pada 6 disember yang lepas ( selasa malam rabu), Titian Asli Club telahpun mengadakan Annual General Meeting (AGM) bagi tahun 2011. AGM ini merupakan satu simbolik kepada pembubaran tampuk pimpinan/ tenure 2010/2011 dan perlantikan tampuk pimpinan baru untuk sesi 2011/2012. Majlis tersebut telah pun dijalan kan dengan jayanya terutama dengan kehadiran insan istimewa bagi kami warga censerve, ibu Martinelli sebagai wakil censerve.

     tampuk pimpinan telah pun bertukar tangan, dan yang lama memberi peluang kepada yang baru, diharap barisan tampuk pimpinan lama dapat memberi tunjuk ajar sebanyak mungkin kepada yang baru ,tak lain tak bukan untuk kebaikan Titian Asli Club yang di sayangi. walaupun anda semua bukan lagi tampuk pimpinan tertinggi dalam kelab Titian Asli ni, kalian semua akan tetap berada di hati kami. Sebagai satu keluarga TA D`hearty.

     Di sini di sertakan lakaran kenangan yang amat bermakna buat kami ahli Kelab Titian Asli. Seribu satu makna tersirat di sebalik gambar-gambar ini dan ingin kami kongsikan dengan anda sekalian...






































































P/S:  Alhamdulillah... selesai sudah amanah yang di pertanggungjawabkan kepada saya sebagai admin blog titian asli club ini. di harap admin baru yang telah di lantik akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin, dan akan terus berkongsi setiap informasi dan peristiwa yang belaku di dalam kelab titian asli kepada semua pembaca... moga bertemu lagi di lain waktu... sekian...

5 comments:

semoga terus membawa jalan dakwah

tahniah kepada tenure baru.semoga dapat bekerjasam lagi. & suke gambar skandal kat atas tue. :-)

semoga ukhwah kita semua akan terus berkekalan... n usaha dakwah kita akan berterusan.....dgn sapa tu tanya...hehehe

insyaALLAH akan di nyatakan selepas proses kemaskini selesai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More