What date is today?

Wednesday, December 21, 2011

First Meeting New Line-up 2011/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat semua terutamanya ahli kelab Titian Asli Censerve Team UIAM. Semoga segala apa yang kita lakukan itu akan dipermudahkan dan sentiasa diberkatiNya, InsyaAllah...

Alhamdulillah, pada 16 Disember 2011 jam 3 petang yang lalu semua pimpinan baru 2011/2012 (telah dikemaskini di ruangan Mgt Board) dapat berkumpul bersama-sama untuk perjumpaan yang pertama. Sebagai permulaan, bacaan al-Fatihah sebagai pembuka majlis dan sedikit tazkirah yang berkaitan antara "Orang yang Tahu dan Orang yang Tidak Tahu" telah disampaikan oleh Bro Hanif.  Tazkirah yang sangat menarik kerana terdapat hadith dan ayat al-Quran yang memantapkan lagi penyampaian tersebut. Seterusnya, Presiden kelab, Bro Hanis turut memberikan sedikit kata-kata aluan untuk perjumpaan pertama ini dan semua pimpinan baru memulakan sesi taaruf.

Agenda yang telah dibincangkan pada hari itu ialah tentang :
1)Tugas dan peranan semua pimpinan baru
2) Mengemaskini semula hala tuju kelab
2) Program-program yang bakal diadakan 

Gambar-gambar perjumpaan pertama pimpinan baru 2011/2012:







 P/S : Alhamdulillah, perjumpaan pertama ini telah berjalan lancar berkat doa dari semua terutamanya senior-senior kelab yang tak putus-putus memberi semangat kepada kami. Tidak dilupakan kepada semuau yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Semoga apa yang kita lakukan ini diberkati Allah selalu. Ikhlaskan diri, tetapkan hati. InsyaAllah...^_^

3 comments:

like this.. hope lepas ni dapat bekerjasama dgn lebih baik... TA dihati...:8)

all the best :)
semoga Allah sentiasa mmberkati..

kejayaan bermula dari perancangan yg hebat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More