What date is today?

Tuesday, December 6, 2011

Titian Asli Grand Integration Day (TAGID 2011)

        Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bersyukur kita kepada ALLAH kerana dengan limpah kurnia dari NYA, kita masih lagi di beri peluang untuk merasai nikmat hidup, iman dan islam. Baru-baru ini, Titian Asli Club telah pun menganjurkan satu program tahunan yang di jalankan saban bagi tahun ini. Program tersebut adalah program Titian Asli Grand Integration Day (TAGID 2011). 

      Tagid merupakan aktiviti tahunan di mana kami cuba untuk menyatukan ke empat-empat kampung angkat kami iaitu Kampung Sungai Gapoi, Bentung, Pahang, Kampung Ulu Tamu Batang Kali Selangor, Kampung Songkok, Batang Kali Selangor, dan Kampung Bukit Kala, Batu 12, Gombak. Objektif utama program ini di jalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keempat-empat kampung dan juga untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara pelajar-pelajar UIA dengan abang angkat, kakak angkat , adik angkat, dan juga ibu bapa angkat masing-masing yang terdiri dari keempat-empat kampung tersebut.

      Program Tagid kali ini telah di jalankan pada 3 dan 4 disember 2011 di Bagan Lalang Beach Resort, Sepang. Lokasi tersebut terletak betul-betul bersebelahan dengan pantai, dan oleh sebab itu, penduduk kampung dapat merasai suasana baru berprogram bersama pelajar-pelajar UIA di tepi pantai.Antara aktiviti-aktiviti yang telahpun di jalan kan adalah riadah keluarga di tepi pantai (mandi laut), perlawanan sukan antara kampung, slot kreatif dan innovatif,  malam kebudayaan,persembahan dari kampung dan persembahan dikir barat dari UIA, makan malam bersama orang kampung ( makan sate), slot khas ceramah disampaikan oleh wakil dari JAKIM, dan banyak lagi.


     Dikesempatan ini saya sebagai wakil Titian Asli Club ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa yang terlibat dalam menjayakan program tahunan ini, tidak kiralah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, usaha anda semua akan kami hargai dan hanya ALLAH sahaja mampu membalasnya. Diharap usaha dakwah yang kita jalankan selama ini akan membuahkan hasil dan memberi sinar baru kepada manusia terutamanya masyarakat orang asli dan maslahah umat sejagat.

di sini di sertakan lakaran memori atau gambar-gambar di sepanjang program kami berjalan.





















































































SEKIAN......

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More