What date is today?

Solat Hajat at Operation Room Club,IIUM

Sempena menjalani peperiksaan akhir semester III, 2010/2011

Iftar Rejab at Operation Room Club,IIUM

Sempena bulan Rejab agar lebih bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan

Bowling at Ampang SuperBowl Flamingo

Melepaskan tekanan sebentar sambil mengeratkan lagi ukhuwwah

Bowling at Ampang SuperBowl Flamingo

Melepaskan tekanan sebentar sambil mengeratkan lagi ukhuwwah

Motivational Camp at Lubuk Manggis

Kem motivasi untuk remaja Orang Asli dengan kerjasama Kelab Stuff UIAM

Motivational Camp at Lubuk Manggis

Kem motivasi untuk remaja Orang Asli dengan kerjasama Kelab Stuff UIAM

Health Awareness Campaign at Kg. Batu 12, Gombak

Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 untuk Orang Asli bertemakan "Gigi Sihat Senyuman Memikat"

Health Awareness Campaign at Kg. Batu 12, Gombak

Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 untuk Orang Asli bertemakan "Gigi Sihat Senyuman Memikat"

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Ulu Tamu, Batang Kali

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Ulu Tamu, Batang Kali

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

MAFA Mentoring IV and V at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

MAFA Mentoring IV and V at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

Appreciation Night at Experimental Hall,IIUM

Majlis penghargaan untuk semua Program Manager sem 2, 2010/2011 di samping mengumpulkan ahli sebelum cuti selama 5 bulan

Appreciation Night at Experimental Hall,IIUM

Majlis penghargaan untuk semua Program Manager sem 2, 2010/2011 di samping mengumpulkan ahli sebelum cuti selama 5 bulan

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Gapoi, Bentong

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

Social Entrepreneurship Mentoring Course at Kg. Gapoi, Bentong

Kem Asas Keusahawanan bersama Orang Asli untuk melatih kemahiran di dalam dunia Perniagaan

MAFA Mentoring III at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

MAFA Mentoring III at SK Gombak Utara

Membantu anak-anak Orang Asli agar lebih mahir di dalam mata pelajaran Matematik di samping meningkatkan kefahaman agama Islam

Dakwah Skill Course 2011 at LT1 KENMS, IIUM

Meningkatkan ilmu ahli-ahli kelab tentang dunia Orang Asli dan bagaimana cara yang sesuai untuk melakukan dakwah

Dakwah Skill Course 2011 at LT1 KENMS, IIUM

Meningkatkan ilmu ahli-ahli kelab tentang dunia Orang Asli dan bagaimana cara yang sesuai untuk melakukan dakwah

Titian Asli Family Day at Edu Square, IIUM

Mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli dengan pelbagai aktiviti dijalankan dari petang hingga ke malam

Titian Asli Family Day at Edu Square, IIUM

Mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli dengan pelbagai aktiviti dijalankan dari petang hingga ke malam

Tuesday, December 6, 2011

Titian Asli Grand Integration Day (TAGID 2011)

        Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bersyukur kita kepada ALLAH kerana dengan limpah kurnia dari NYA, kita masih lagi di beri peluang untuk merasai nikmat hidup, iman dan islam. Baru-baru ini, Titian Asli Club telah pun menganjurkan satu program tahunan yang di jalankan saban bagi tahun ini. Program tersebut adalah program Titian Asli Grand Integration Day (TAGID 2011). 

      Tagid merupakan aktiviti tahunan di mana kami cuba untuk menyatukan ke empat-empat kampung angkat kami iaitu Kampung Sungai Gapoi, Bentung, Pahang, Kampung Ulu Tamu Batang Kali Selangor, Kampung Songkok, Batang Kali Selangor, dan Kampung Bukit Kala, Batu 12, Gombak. Objektif utama program ini di jalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keempat-empat kampung dan juga untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara pelajar-pelajar UIA dengan abang angkat, kakak angkat , adik angkat, dan juga ibu bapa angkat masing-masing yang terdiri dari keempat-empat kampung tersebut.

      Program Tagid kali ini telah di jalankan pada 3 dan 4 disember 2011 di Bagan Lalang Beach Resort, Sepang. Lokasi tersebut terletak betul-betul bersebelahan dengan pantai, dan oleh sebab itu, penduduk kampung dapat merasai suasana baru berprogram bersama pelajar-pelajar UIA di tepi pantai.Antara aktiviti-aktiviti yang telahpun di jalan kan adalah riadah keluarga di tepi pantai (mandi laut), perlawanan sukan antara kampung, slot kreatif dan innovatif,  malam kebudayaan,persembahan dari kampung dan persembahan dikir barat dari UIA, makan malam bersama orang kampung ( makan sate), slot khas ceramah disampaikan oleh wakil dari JAKIM, dan banyak lagi.


     Dikesempatan ini saya sebagai wakil Titian Asli Club ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa yang terlibat dalam menjayakan program tahunan ini, tidak kiralah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, usaha anda semua akan kami hargai dan hanya ALLAH sahaja mampu membalasnya. Diharap usaha dakwah yang kita jalankan selama ini akan membuahkan hasil dan memberi sinar baru kepada manusia terutamanya masyarakat orang asli dan maslahah umat sejagat.

di sini di sertakan lakaran memori atau gambar-gambar di sepanjang program kami berjalan.





















































































SEKIAN......

Friday, November 25, 2011

"korban" kampung songkok...

     assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca khususnya warga Titian Asli club. Seperti kebiasaan nya, kami akan berkongsi setiap pengalaman kami berprogram bersama orang asli di dalam blog ini... pada sabtu dan ahad yang lepas, 19 dan 20 november 2011, titiaan asli club telah pun berjaya menjayakan satu program beramah mesra bersama orang asli di kampung songkok, batang kali, selangor...

     "korban" yang di maksud kan disini  bukan lah bermaksud ibadah korban, tetapi hanya sebagai simbolik kepada aktiviti kami menyembelih seekor kambing untuk di jamu bersama penduduk kampung. Objektif utama program ini di jalankan adalah untuk menunjukkan cara penyembelihan yang betul dalam islam dan tatasusila yang perlu di patuhi sebelum melaksanakan penyembelihan.di samping itu kami dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli kelab titian asli dengan penduduk kampung tersebut.

di sini di sertakan photo-photo sepanjang program tersebut berjalan... 

























Tuesday, October 18, 2011

khatimah camp, MAFA Mentoring kembali lagi!

Assalammualaikum w.b.t.
MAFA Mentoring kembali lagi!

    MAFA mentoring di teruskan lagi bagi semester ini, tetapi terdapat sedikit perbezaan bagi MAFA kali ini kerana ianya dijalankan dalam bentuk kem yang bertemakan Khatimah Camp-"Learning Is Fun, Searching For Al-Falah". Program yang berlangsung selama dua hari pada 15 dan 16 Oktober yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada adik-adik Sekolah Kebangsaan Gombak Setia.

Seramai 46 peserta dari darjah 4,5 dan 6 bersama-sama 30 orang fasi menyertai MAFA pada kali ini. Dengan bawa misi atau objektif untuk menarik minat anak-anak masyarakat asli untuk belajar serta memberi motivasi kepada adik-adik untuk lebih memahami matematik dan fardhu ain, usaha kami tenyata menampakkan hasilnya.

Sepanjang 2 hari berada di sekolah, hubungan kami dan adik-adik bertambah mesra dan rapat. Selain daripada mentoring yang selalu dijalankan, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya ialah explorace, Rapunzel Tower, streching body relaxing mind, SKGU ceria dan pelbagai lagi. Tujuan aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan adalah untuk memupuk sifat kepimpinan dan menguji tahap kreativiti mereka.

Diharapkan agar program berbentuk ilmiah ini dapat diteruskan lagi, semoga segala usaha kita semua diberkati Allah dan membuahkan hasil yang sepatutnya..
Sehingga bertemu lagi di program yang akan datang! =)





Friday, October 7, 2011

TACT advance training, smart da`ie..

    Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam ukhwah buat semua pembaca terutamanya ahli kelab titian asli , UIAM, setelah hampir 2 bulan kita semua bercuti, tanpa ada sebarang berita dan aktiviti yang dianjurkan oleh kelab titian asli. Sebagai pembukaan bagi aktiviti sem 1 2011/2012, titian asli kelab telah pun mengadakan "TACT advance training, smart da`ie" pada 23-25 september yang lalu.

    Aktiviti itu telah di jalankan di kampung orang asli Ulu Tamu, Batang Kali , Selangor selama 3 hari 2 malam.  Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk melatih ahli kelab titian asli yang dikenalpasti  berkebolehan untuk menerajui pimpinan kelab titian asli pada masa hadapan. Seramai 24 orang calon(peserta) telah terpilih dengan diiringi 16 orang ahli jawatan kuasa kelab ke kampung tersebut. Tujuan utama training ini diadakan di kampung orang asli Ulu tamu, adalah untuk memberi peluang kepada para peserta untuk mendekati orang asli secara dekat.

    Sepanjang 3 hari 2 malam program itu berjalan. Pelbagai jenis aktiviti telah pun di jalankan. Antara nya ceramah kepada para peserta, latihan teori dan praktikal, melawat rumah-rumah orang asli@keluarga angkat, gotong-royong, dan juga makan bersama orang kampung. Kami juga berkesempatan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan keluarga islam yang mana secara kebetulan berlangsung pada hari yang sama dengan program tersebut di jalan kan. Oleh sebab itu, kami berpeluang untuk mengenali tradisi perkahwinan orang asli secara lebih dekat.

   Dengan ini di sertakan photo-photo sepanjang program tersebut berjalan. Akhir kata, kerjasama yang di berikan oleh semua yang terlibat amatlah kami hargai. sekian....

   


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More